Salam Maal Hijrah 1431

Posted by AGG / Al-Farghani | Posted in

Apa saja pencapaian yang kita peroleh atas hasil usaha di dunia ini hanyalah setitis daripada rahmat-Nya yang dituang dalam hati kita. Begitu juga kegagalan dan musibah yang berlaku adalah supaya kita lebih dekat kepada Allah dan bergantung sepenuh pengharapan setelah sebelumnya kita berasa gagah dan hebat menguasai medan kehidupan.

Selepas beribu batu perjalanan ditempuhi, eloklah berhenti sejenak sambil bertafakur untuk memastikan adakah jalan itu betul dan lurus sesuai dengan matlamat asal kita. Dari mana kita datang, untuk apa kita berjalan dan ke mana kita kita tuju? Kembalilah kepada Allah sebelum segala berakhir dengan kesengsaraan abadi.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan peliharalah dirimu daripada (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”

Tidak ada ucapan selamat kepada mereka yang mensia-siakan hidupnya walaupun setiap tahun mereka menyambut maal hijrah dengan gilang-gemilang. Yang sepatutnya diberi ucapan itu adalah orang yang cekal dan gigih memperjuangkan imannya hingga menemui Tuhannya dengan hati yang reda.

Rukyah Hilal Safar 1431H

Posted by AGG / Al-Farghani | Posted in

Team falakperak telah berjaya menjejaki bulan sabit muda pada petang 16 Januari 2010. Sebanyak 5 peralatan telah dipasang iaitu Teodolite Topcon DT-100, Teleskop MEADE ETX70, Teleskop MEADE DS-127, Teleskop Celestron 6 inch manual dan Teleskop MEADE LX200GPS 8 inch. Turut serta pada petang tersebut ialah sahabat-sahabat dari INSTUN (bro Mohd Abduh dan bro Lan) serta sahabat-sahabat dinperak dari Bandar Pulai Jaya (bro Rani dan bro Rizwa serta keluarga).
Bulan sabit muda telah berjaya dikesan melalui teodolite pada jam 7.35 petang. Semua yang hadir telah sama-sama melihat keindahan bulan serta panorama sunset pada petang tersebut.